Tenaga Batin Lelaki: Yang Anda Perlu Tahu

Tenaga batin lelaki, adakah ianya sesuatu yang mustahak untuk dibincangkan? Dalam diri setiap orang terdapat suatu tenaga yang dikenali sebagai tenaga batin. Walaupun berlainan jantina, tenaga batin tetap wujud.

Nisbah yang ideal bagi seorang lelaki adalah sesuatu seperti 70% lelaki dan 30% perempuan. Apabila seorang lelaki 70:30 dia adalah yang paling gembira.

Apabila seorang wanita adalah 30:70 dia adalah yang paling gembira. Terdapat petua dan pantang larang untuk menjaga kesihatan tenaga batin lelaki.

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang Tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.

Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan ketika sedang berjimak, batang zakar akan berasa ngilu.

Batang zakar harus sentiasa dalam keadaan panas untuk memastikan kepuasan semasa berjimak. Sukar untuk dibuktikan secara saintifik namun hasil dari pengamatan ada benarnya petua ini.

2. Jangan biasakan minum air semasa makan kerana kesannya sama seperti air batu. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan ada halangan yang tidak dapat dielak.

3. Pengamalan memakan makanan yang bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan dapat mengakibatkan air mani menjadi terlalu cair dan mudah untuk terpancut awal.

4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia kan mudah melemahkan zakar. Jika ingin minum air selepas makan nasi, tunggu selepas 2 minit selesai makan.

5. Jangan hembus nafas ketika minum. Tahan nafas kerana ia membantu untuk mengelak dari mudah lelah ketika berjimak.

6. Apabila anda sedang berhenti melakukan aktiviti bersukan atau berat, pastikan jika ingin minum air, berehat terlebih dahulu untuk menyejukkan badan dan seterusnya barulah minum air.

7. Jika makanan kegemaran anda adalah kepak ayam, elakkan untuk makan makanan tersebut kerana ia akan melemahkan zakar anda.

8. Anda perlu elak daripada minum air selepas jam 11:00 malam walaupun air panas kerana ia akan melemahkan otot pinggang dan menjadikan badan anda terasa sengal.

9. Jika anda ingin membuang air besar, elakkan dari buang air di tempat air bertakung dan carilah tempat yang kering kemudian teruskan hajat anda. Ini dapat melatih anda untuk mengawal otot zakar dengan baik.

10. Jangan amalkan melancap dan berhenti daripada melancap kerana ia memaksa mani keluar dan mengakibatkan zakar anda lemah.

11. Jangan biarkan isteri menindih zakar anda ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju ke zakar. Anda juga tidak boleh tidur dengan dada di atas katil kerana ini juga dapat membantukan aliran dan melemahkan zakar.

12. Jika anda sudah berumur lebih 30 tahun, perlu dielakkan untuk berjimak lebih dari 3 kali seminggu. Bagilah badan anda cukup masa untuk membina tenaga batin semula.

13. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana ia akan mengakibatkan anda mati pucuk.

Mungkin petua-petua orang tua ini kedengaran pelik, namun ada banyak yang memberikan manfaat khususnya terhadapm kesihatan tenaga batin lelaki.