Kisah Suami Isteri Siri #4

ebook percuma, kamasutra bahasa melayu, kamasutra bergambar, The Tao of Love And Sex, permata yang hilang, rahsia malam pertama

Penat kan, asyik baca tentang rumahtangga yang bermasalah, yang mana puncanya adalah kegagalan si suami. Tak bertanggungjawab, dayus, kejam, pemalas, bodoh, curang, sengal ubi, mati pucuk dan sebagainya. Stress baca.

Oleh kerana cerita² begini terlalu banyak kita dengar, tenggelamlah kisah suami yang setia sampai mati. Kisah suami yang berkorban segalanya demi cinta kepada isteri atau suami yang tetap melayan isteri sebaik nya walaupun si isteri perangai macam lahanat.

Oleh kerana lebih banyak cerita buruk dari yang baik, kita mudah generalized yang ‘SEMUA LELAKI SAMA’.

Ingin saya kongsi satu cerita cinta yang simple, kisah nya tak pernah dikongsi di mana² media cetak mahupun di media sosial. Kisah ini adalah dari sebahagian dari kutipan pengalaman saya sepanjang menerima rawatan di hospital.

Di hadapan katil saya, terbaringnya seorang wanita tua. Rambutnya yang hampir luruh, sebahagian dari kepalanya berlekuk, di hidung nya ada feeding tube, dan wanita ini sedang koma.

Setiap pagi, tak pernah tertinggal walau sehari, si suami akan datang ke wad dengan mood ceria. Orang pertama yang akan ditegur ialah, isterinya yang koma…

“Hi, I’m here darling. You look nice today.” Kemudian dia beralih ke arah saya dan bertanya, “How was my girl (wife dia) last night?”

Sambil tertawa saya membalas…

“She was behaving well sir.”

Radio kecil di tepi katil dipasang, memainkan lagu oldies tahun 50’an mungkin. Lelaki ini akan mengambil losyen dan mula mengurut tangan dan kaki isterinya dengan penuh kelembutan. Mulut pula riuh meng’update’ perkara yang berlaku semalam dan semalam semalam. Dia seolah-olah bersembang dengan seseorang yang boleh mendengar bicaranya.

Rutin lelaki ini buat saya suspicious. Dia ni berlakon baik atau memang suami yang baik?

Biasanya persoalan saya akan Tuhan jawab. Thank you Allah!

Hujung minggu itu, anak perempuan mereka datang ke wad. Dia baru sahaja tiba di Malaysia dari US. Anak mereka memang menetap di sana dan sudahpun berkeluarga. Cuma lawatan kali ini, anaknya datang seorang sahaja.

Kebetulan lelaki itu tak ada, saya merajinkan diri bertanya…

“I saw how gentle your dad treat her. Is he always like this?”, teragak-agak juga nak tanya soalan personal ni.

“Yes. They’re a loving couple. Pergi mana² mesti berdua. Naik motor tiap² pagi, pergi breakfast together. And they were active doing charity work, feeding homeless and stuff, you know, before the accident. He loves her so much.”

Hampir 3 tahun isterinya koma, dan cintanya kepada isteri tak pernah pudar. Tak dapat saya bayangkan betapa hancurnya hati dia jika isterinya pergi dulu. Tentunya sukar untuk dia move on.

Mereka berdua dalam perjalanan untuk sarapan pagi apabila sebuah kenderaan melanggar motor yang mereka naiki. Isterinya tercampak dan cedera di kepala.

Dan sejak dari itu, si suami bersarapan seorang diri. Tetapi hatinya tak pernah sunyi. Setiap hari lagu oldies dan bau wangi losyen menghidupkan cinta mereka.

credit to : Dakota Dykia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s